Faizal terajui Pafa buat seketika - Utusan Malaysia

Faizal terajui Pafa buat seketika

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan terus menerajui Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sehingga kongres tahunan persatuan itu diadakan bulan ini.

Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan permintaan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.

“Sebagai menghormati permintaan mereka, saya pegang jawatan ini sehingga seorang calon yang sesuai dipilih dalam kongres Pafa bulan ini.

“Netizen tidak perlu bimbang, saya tidak akan buat apa-apa keputusan besar seperti menaikkan gaji pengurus pasukan atau tanda tangan kontrak besar hingga menyebabkan bebanan kewangan kepada presiden baharu,” katanya.

Ahmad Faizal sedar kekangan dihadapi untuk menerajui Pafa kerana tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Perak sejak 5 Disember lalu.

“Dalam bola sepak di negara ini, jika seseorang itu ingin pegang jawatan presiden persatuan bola sepak negeri, dia perlu berada dalam kerajaan bagi mencari dana untuk membangunkan pasukan.

“Saya sedar kemampuan saya terhad untuk membantu pasukan dan persatuan kerana tidak lagi berada dalam kerajaan,” katanya.

Beliau juga yakin ada individu yang lebih layak menerajui pasukan berbanding dirinya khususnya Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Khairul Shahril Mohamed.

“Jangan salah faham, saya tidak berhasrat untuk mengekalkan jawatan ini dan sebagai rakyat negeri ini, saya mahu lihat pasukan Perak berjaya dalam saingan musim akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya