EPL musim ini Manchester United punya - Rooney - Utusan Malaysia

EPL musim ini Manchester United punya – Rooney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney percaya Red Devils mampu mengatasi Manchester City dan Liverpool untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Paul Pogba kembali memainkan peranan besar, sekali gus mencerahkan peluang United meraih kejuaraan liga ke-21.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kini menerajui takhta dengan dua mata di depan City yang memiliki kelebihan kurang satu perlawanan.

WAYNE ROONEY

“Beberapa tahun kebelakangan ini Manchester United belum bersedia mencabar kejuaraan. Sekarang saya fikir mereka telah membina skuad terbaik.

“Kedatangan Bruno Fernandes banyak membantu pasukan, Edinson Cavani pula mempunyai mentaliti menang.

“Sekarang skuad ini sudah mampu mencabar Liga Perdana.

“Enam minggu lalu saya sudah bercakap dengan jurulatih (Solskjaer) tentang perkara ini.

“Hari ini saya ada perasaan yang sama. Pogba akan memainkan peranan besar dalam mencapai sasaran,” katanya.

Rooney, 35, yang kini menggalas tugas pengurus Derby County yakin Solskjaer sudah membina mentaliti menang dalam kalangan pemain.

Pogba juga mula membuktikan kualiti di atas padang dan perkembangan tersebut mungkin menukar fikiran pemain tengah berusia 27 tahun itu untuk meninggalkan Old Trafford.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya