Eky mahu jadi lebih hebat - Utusan Malaysia

Eky mahu jadi lebih hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semangat Shahrel Fikri Md. Fauzi untuk menjulang nama bersama Selangor dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan semakin membara selepas muncul Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK 20) Virtual kelmarin.

Kata pemain berusia 26 tahun itu yang lebih mesra disapa Eky, musim 2020 ibarat memberi nafas baharu kepada kariernya selepas bergelut dengan prestasi hambar musim lalu selain sukar mendapatkan minit permainan ketika bersama Perak.

“Memang tidak sangka trofi ini akan menjadi milik saya kerana kalau kita tengok ada tujuh calon import berkualiti dan bukan mudah untuk mengatasi mereka.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana usaha untuk menampilkan prestasi terbaik atas padang berbaloi dan semestinya anugerah ini menjadi penghormatan kepada saya untuk buat lebih baik.

“Kali terakhir saya menang 2017, dan saya tidak tercalon pada 2019 kerana kurang menyerlah, jadi musim ini sememangnya musim yang cukup bertuah untuk saya.

“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat terutamanya rakan pasukan dan barisan jurulatih.

“Trofi ini juga saya tujukan kepada keluarga saya atas sokongan tak henti dan pastinya penyokong juga yang turut sama mengundi untuk ABK20 ini,” kata Shahrel yang turut memenangi trofi Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2020.

AIDIL ZAFUAN ABD. RADZAK

Sementara itu, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Radzak berkata, gelaran Pertahanan Terbaik buat kali kelima selepas 2009, 2010, 2012 dan 2015 amat bermakna dalam dirinya.

“Mula-mula memang saya tidak rasa pun saya boleh menang sebab ada beberapa pemain lain yang saya rasa mampu untuk memenanginya.

“Apa-apa pun, saya percaya kepada rezeki dan ternyata tahun ini menjadi rezeki saya selepas kali terakhir menang pada 2015.

“Insya-Allah selagi saya mampu bermain, saya akan sentiasa berikan yang terbaik.

“Apa pun, saya bermain bola bukanlah semata-mata untuk menang anugerah tetapi lebih kepada kepuasan sebab bola sepak adalah karier saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya