City 'tolak' United ke tangga kedua - Utusan Malaysia

City ‘tolak’ United ke tangga kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WEST BROMWICH: Manchester City merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris daripada Manchester United selepas membelasah West Brom 5-0 pagi tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan anak-anak buah Pep Guardiola kini memenangi  11 perlawanan berturut-turut.

Ilkay Gundogan meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan City disempurnakan oleh Joao Cancelo, Riyad Mahrez serta Raheem Sterling.

Skuad The Citizens mendahului liga buat kali pertama musim ini dengan kelebihan satu mata ke atas United.

“Keputusan yang amat baik dan secara keseluruhan kami mempamerkan prestasi terbaik untuk mengutip tiga lagi mata,” kata Guardiola.

United boleh merampas kembali takhta jika menumpaskan Sheffield United pagi esok, namun City tetap berkelebihan untuk merangkul kejuaraan musim ini.

Sejak tiga musim lalu, Liverpool dan City bersaing sengit memburu mahkota Liga Perdana.

Begitupun Liverpool mencatat lima perlawanan liga tanpa kemenangan, sekali gus membuka laluan buat City melebarkan jurang tujuh mata mengatasi juara bertahan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya