City hampir dikejutkan kelab divisyen empat - Utusan Malaysia

City hampir dikejutkan kelab divisyen empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City melepasi tentangan hebat kelab divisyen empat, Cheltenham sebelum bangkit mencatat kemenangan 3-1 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA pagi tadi.

Juara enam kali itu berada di ambang penyingkiran ketika permainan berbaki enam minit, namun gol lewat Phil Foden, Gabriel Jesus and Ferran Torres berjaya menyelamatkan skuad bimbingan Pep Guardiola.

Guardiola melakukan 10 pertukaran dalam kunjungan ke Cheltenham tetapi masih diperkuatkan bintang-bintang antarabangsa.

Cheltenham yang berada 72 anak tangga di bawah City membuka jaringan pada pertengahan babak kedua menerusi Alfie May yang memanfaatkan lontaran ke dalam Ben Tozer.

Guardiola memasukkan Ilkay Gundogan dan Joao Cancelo untuk bangkit, percaturan itu menjadi apabila Foden menyempurnakan hantaran lintang Cancelo untuk gol penyamaan pada minit ke-81.

PHIL Foden (tengah) meledak gol pembukaan Manchester City.

Tiga minit kemudian Jesus menambah jaringan dan Torres menjadikan kedudukan 3-1.

“Kami datang ke sini dengan rasa rendah diri tetapi memiliki kualiti untuk menjadikan perlawanan ini berbeza.

“Lawan menggunakan kualiti mereka dalam kotak penalti, mereka lebih tinggi dan baik daripada kami. Sukar mengawal situasi itu,” kata Guardiola.

Jurulatih Cheltenham, Michael Duff berkata, dia bangga dengan anak-anak buahnya yang mungkin mampu mengekalkan kelebihan jika mendapat sokongan padu penonton.

“Jika ada peminat sudah pasti ia akan lebih meriah. Mungkin kami lebih menikmati 10 minit terakhir permainan,” kata Duff. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya