Beregu lelaki gagal ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Beregu lelaki gagal ke separuh akhir

AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia tidak akan mempunyai wakil dalam saingan beregu lelaki pada separuh akhir Jelajah Dunia Akhir esok apabila kedua-dua wakilnya kandas di peringkat kumpulan hari ini.

Beregu No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas 21-18, 17-21, 11-21 kepada juara dunia tiga kali yang juga pilihan ketiga kejohanan, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia pada perlawanan Kumpulan B.

Teo Ee Yi-Ong Yew Sin pula gagal menandingi pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy selepas kalah 19-21, 18-21 dalam saingan Kumpulan A.

Tumpuan peminat badminton Malaysia kini terarah kepada beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang bakal berdepan cabaran Hafiz Faizal-Gloria Emmanuel Widjaja dari Indonesia sebentar lagi.

Terdahulu, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas mengejutkan pilihan utama dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu 21-13, 21-17 dalam beregu wanita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN