KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya mencapai sasaran layak ke separuh akhir kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir di Bangkok sebentar tadi.
Wakil tunggal negara dalam acara itu menewaskan gandingan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emmanuel Widjaja dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-13 untuk menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan kedua.
Keputusan itu menyaksikan mereka mengiringi beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang melakar kejutan terbesar kejohanan dengan menyingkirkan pilihan utama dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu 21-13, 21-17.
Nasib malang terus menimpa perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia apabila tewas dalam perlawanan ketiganya kepada Anthony Ginting dalam aksi tiga set 12-21, 21-15, 21-13.-UTUSAN ONLINE