Aubameyang, Rowe pastikan kemaraan juara bertahan - Utusan Malaysia

Aubameyang, Rowe pastikan kemaraan juara bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal terpaksa menunggu  masa tambahan untuk meneruskan misi mempertahankan Piala FA selepas menyingkirkan Newcastle United 2-0 pada pusingan ketiga pagi tadi.

Kejohanan bola sepak tertua England itu turut dibayangi pandemik Covid-19 yang satu perlawanan ditangguhkan dan banyak pasukan terpaksa melakukan rombakan ekoran kehilangan pemain secara mengejut.

Arsenal, juara 14 kali mencatat kemenangan keempat berturut-turut di Emirates (semua pertandingan) tetapi terpaksa berhempas pulas sebelum menang.

Kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dalam tempoh 90 minit sebelum Emile Smith Rowe yang nyaris dilayangkan kad merah sebelum diselamatkan video bantuan pengadil (VAR) memecah kebuntuan dengan membuka Gunners pada minit ke-109.

EMILE Smith Rowe membuka jaringan The Gunners.

Ketua pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang mengesahkan kemenangan kelab London itu dengan menambah gol kedua pada minit ke-117.

Sejurus menamatkan tugasan sukar Piala FA, pengendali Arsenal, Mikel Arteta kini beralih tumpuan terhadap Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace awal pagi Jumaat ini.

“Kami mahu meneruskan rentak dan menang lebih banyak perlawanan.

“Adalah penting untuk bersaing dalam Piala FA kerana kami mahu memburu kejuaraan sekali lagi,” kata Arteta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN