Arsenal kembali tersenyum - Utusan Malaysia

Arsenal kembali tersenyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang kembali mendapat rentak jaringan dengan meledak dua gol untuk membantu Arsenal membenam Newcastle 3-0 hari ini, sekali gus memperbaiki kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Kira-kira sebulan lalu, Gunners berjuang mengelak penyingkiran, namun kejayaan mengutip 13 daripada 15 mata terakhir mengangkat skuad bimbingan Mikel Arteta ke kedudukan ke-10 dengan hanya tujuh mata di belakang kelompok empat teratas.

Selain Aubameyang yang berjaya menggandakan jaringannya musim ini, gandingan muda Arsenal, Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka turut mencuri tumpuan, terutama Saka yang turut meledak gol kedua.

“Apabila menang, pasukan ini kembali meletakkan senyuman di wajah saya.

“Emile dan Bukayo juga meningkat dengan amat baik, persembahan yang dipamerkan cukup menakjubkan,” kata Arteta.

Newcastle kekal di zon penyingkiran selepas mengharungi sembilan perlawanan tanpa menang biarpun Steve Bruce melakukan lapan perubahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya