Alhamdulillah Irfan makin sihat - Utusan Malaysia

Alhamdulillah Irfan makin sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas mengalami simptom seperti pening, sakit tekak, mata merah dan bengkak akibat positif Covid-19, jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin berkata, kesihatannya semakin baik selepas enam hari menjalani kuarantin di rumah.

Atlet kelahiran Negeri Sembilan itu yang berada di Leipzig, Jerman bagi menjalani latihan berkata, dia kini mampu melakukan sedikit senaman di rumah berbanding ketika peringkat awal disahkan positif.

“Alhamdulillah. Setakat ini (kesihatan saya) bertambah baik. Saya dah boleh lakukan sedikit senaman di rumah.

“Hari ini (kelmarin) hari keenam (dijangkiti wabak) selepas mendapat keputusan (yang mengesahkan dirinya positif Covid-19).

“Berat badan setakat ini turun 1.5 kilogram. Saya sendiri tidak pasti sama ada berpunca daripada Covid-19 atau sebab tidak boleh pergi gimnasium bersenam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia kelmarin.

Jumaat lalu, Irfan, yang juga pemegang rekod kebangsaan menerusi catatan 62.55 meter memaklumkan dirinya menjalani ujian calitan pada Selasa, sebelum disahkan positif apabila menerima keputusan ujian keesokan harinya.

Atlet berusia 26 tahun itu kemudian mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah, yang berdekatan dengan hospital kira-kira 100 meter.

“Semua simptom itu sebelum ini sudah tiada, sekarang hanya tinggal kepenatan (badan rasa penat),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya