PETALING JAYA: Selepas cemerlang menumpaskan pasangan Korea Selatan,Choi Solgyu-Seo Seung Jae dalam aksi pembukaan semalam, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mengekalkan permainan konsisten apabila tumpas kepada pasangan Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sonozov pada perlawanan kedua Kumpulan B badminton Jelajah Dunia Akhir di Bangkok hari ini.
Beregu lelaki No. 1 negara itu tumpas 19-21, 16-21, sekali gus bakal berdepan laluan amat berliku untuk memburu tiket ke separuh akhir.
Naib juara All England itu kini tiada pilihan kecuali mengalahkan beregu No. 2 dunia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan esok untuk memburu slot empat terbaik.