KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuka kempen badminton Jelajah Dunia Akhir dengan cemerlang apabila menumpaskan pasangan No. 8 dunia, Choi Solgyu-Seo Seung Jae dalam perlawanan sulung Kumpulan B di Bangkok sebentar tadi.
Pasangan No. 9 dunia itu hanya mengambil masa 38 minit untuk menang 21-14, 21-19 ke atas pasangan Korea Selatan tersebut.
“Kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan memberi keyakinan kepada kami untuk menghadapi dua perlawanan seterusnya.
“Kami gembira dengan prestasi yang ditunjukkan hari ini,” kata Aaron.
Aaron-Wooi Yik kini akan berdepan pasangan Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov dalam perlawanan kedua esok, sebelum menentang gandingan berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan. – AGENSI