Olimpik Tokyo berpindah ke Florida? - Utusan Malaysia

Olimpik Tokyo berpindah ke Florida?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI:  Ketua Pegawai Kewangan Florida, Jimmy Patronis menghantar surat kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mencadangkan agar Sukan Olimpik Tokyo dipindahkan ke Florida tahun ini.

Menurut Patronis, beliau menulis surat tersebut selepas membaca laporan akhbar beberapa pemimpin Jepun tidak mahu temasya diteruskan di negara itu ekoran kebimbangan terhadap pandemik Covid-19.

Laporan tersebut tersebar minggu lalu, namun sudahpun dinafikan oleh Perdana Menteri dan penganjur Tokyo Olimpik 2020.

Dalam surat kepada IOC, Patronis menyebut, Florida adalah negeri pelancongan yang menerima kehadiran ramai pengunjung  dan berada dalam ‘gelembung’ Walt Disney World, selain menjadi bandar Liga Bola Sepak Amerika (NFL) dan bola keranjang (NBA).

Atas sebab itu mereka bersedia mengendalikan Sukan Olimpik yang berskala besar.

“Sebagai negeri pelancongan, Florida menyambut 131 juta pelancong pada 2019.  Kami memiliki kapasiti hotel yang cukup dan jaringan pengangkutan terbaik untuk menampung pelbagai jenis infrastruktur yang diperlukan dalam menganjurkan temasya sebesar ini.

“Florida mempunyai 20 lapangan terbang komersial, 31 sistem transit bandar, 12 universiti utama yang mempunyai kemudahan sukan  dan kami ada fasiliti penjagaan kesihatan yang terkenal di dunia di setiap wilayah.

“Saya rasa paling penting, kami adalah negara yang mempunyai pemimpin yang bersedia menyelesaikannya, ” kata Patronis.

Bagaimanapun Florida mencatat 25,000 kematian setakat ini dengan jumlah keseluruhan 420,000 orang maut di Amerika Syarikat.

“Apa sahaja langkah keselamatan dan kesihatan akan diselesaikan secepat mungkin,” kata Patronis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya