6 wakil Malaysia berentap dalam Siri Jelajah Dunia Akhir - Utusan Malaysia

6 wakil Malaysia berentap dalam Siri Jelajah Dunia Akhir

LEE ZII JIA (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enam Malaysia bakal berentap dalam kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Akhir yang akan berlangsung di Bangkok bermula esok.

Menggunakan format round-robin (liga), pemain yang layak dibahagikan dalam dua kumpulan dengan dua teratas akan mara ke separuh akhir kejohanan bernilai AS$1.5 juta (RM6.07 juta).

Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia diundi dalam Kumpulan A bersama bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen, Chou Tien Chen dan Anthony Sinisuka Ginting.

Saingan beregu lelaki pula menyaksikan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berada dalam Kumpulan B bersama Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan, Vladimir Ivanoz-Ivan Sozonov dan Choi Solgyu-Seo Seung Jae.

Saingan Kumpulan A menampilkan satu lagi wakil negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang akan mencabar juara dua kali Terbuka Thailand dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin, Ben Lane-Sean Vendy dan Marcus Ellis-Chris Langridge.

Pasangan beregu wanita No.1 negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean berada dalam Kumpulan A bersama satu lagi pasangan negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen, Greysia Polii-Apriyani Rahayu dan Lee So Hee-Shin Seung Chan.

Wakil tunggal beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai akan menggalas cabaran dalam Kumpulan B bersama Marc Lamfuss-Isabell Hetrich, Thom Gicquel-Delphine Delrue dan Hafiz Faizal-Gloria Emanuel Widjaja.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya