24 pasukan Liga M 'berehat seketika' - Utusan Malaysia

24 pasukan Liga M ‘berehat seketika’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengarahkan semua 24 pasukan Liga Malaysia (Liga M) ‘berehat sebentar’ daripada menjalani latihan pramusim berkuatkuasa hari ini bagi mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 26 Januari.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan, semua pasukan Liga M termasuk liga bawahan seperti Liga M3, Piala Presiden dan Piala Belia perlu mematuhi setiap arahan atau prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Kalau kita lihat perkara ini (latihan pramusim), kejohanan kita tidak ada, belum lagi (bermula). Dijangka pada 26 Februari (aksi Piala Sumbangsih melibatkan Johor Darul Ta’zim dan Kedah), sebelum Liga Super, Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia bermula selepas itu.

“Tapi kita ikut prosedur yang ditetapkan Kerajaan semalam (kelmarin) tentang proses ini dan kita pun tak ada pertandingan, hanya latihan. Tapi mereka (pasukan) perlu patuh untuk tidak melakukan latihan di seluruh negara, seperti yang dibenarkan mengikut SOP (prosedur operasi standard),” kata Hamidin.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata demikian dalam sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-12 bagi sesi 217-2021 yang berlangsung di Wisma FAM di sini hari ini.

Kata Hamidin, pihaknya sudah menyediakan beberapa ‘pelan kecemasan’ jika pandemik Covid-19 terus meningkat dan PKP dilanjutkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya