Zidane tak akan letak jawatan - Utusan Malaysia

Zidane tak akan letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV: Zinedine Zidane menegaskan, dia tidak akan meletak jawatan biarpun tekanan semakin hebat selepas Real Madrid tewas 2-0 Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.

Ini kali kedua berturut-turut Real tunduk kepada kelab Ukraine itu musim ini, sekali gus berada di ambang bahaya untuk mara ke peringkat 16 akhir.

“Saya tidak akan meletak jawatan, tidak sesekali. Kami akan berdepan saat sukar dan dalam keadaan tidak bagus tapi kami akan terus berusaha.

“Saya mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk mengubah keadaan dan saya akan melakukannya dengan sebaik mungkin, begitu juga pemain,” kata Zidane.

Kekalahan itu hadir hanya tiga hari selepas Real dimalukan 1-2 oleh Alaves dalam aksi La Liga di tempat sendiri.

Juara Eropah 13 kali itu yang tewas 2-3 kepada Shakhtar di tempat sendiri, Oktober lalu dikejutkan menerusi jaringan pemain gantian, Dentinho dan Manor Solomon pada babak kedua.

Shakhtar tewas dua aksi terakhir ketika menentang Moenchengladbach dengan agregat 10-0, tetapi kemenangan hari ini membolehkan mereka memintas Real di tangga kedua ketika sainhan berbaki satu perlawanan.

Moenchengladbach kekal sebagai pendahulu dengan kelehihan satu mata manakala Shakhtar mengatasi Real berdasarkan rekod pertemuan.

Bagaimanapun kemenangan 3-2 Inter Milan ke atas Moenchengladbach bukan sahaja membuka kembali peluang kelab Itali itu tetapi memberi harapan kepada Real yang tahu mereka perlu menang di tempat sendiri ketika menentang wakil Jerman tersebut minggu depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya