Verdon sah pemilik Tambadau - Utusan Malaysia

Verdon sah pemilik Tambadau

VERDON Bahanda memberi amanat kepada jurulatih dan pemain Sabah FC selepas selesai sesi latihan kecergasan di trek balapan, Stadium Likas, Kota Kinabalu hari ini. - IHSAN SABAH FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Verdon Bahanda yang sebelum ini dilantik sebagai Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC sah menjadi pemilik baharu pasukan Tambadau apabila menjadi pemegang saham terbesar Sabah Football Club Sdn. Bhd, syarikat milik Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Perkara itu diputuskan sebulat suara oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dalam mesyuarat baru-baru ini.

Verdon memiliki 70 peratus saham Sabah FC, manakala SAFA yang sebelum ini menjadi pemilik penuh hanya mempunyai 30 peratus saham.

Menurut Verdon, semua dokumen yang diperlukan telah ditandatangani kelmarin bagi mengesahkan hak pemilikan saham Sabah FC.

“Kehadiran saya bukanlah untuk menyusahkan tetapi sebagai pemudah cara kepada semua pemain, jurulatih serta pihak pengurusan kelab

“Kalau untuk kepentingan sendiri saya tidak akan belanjakan berjuta-juta ringgit duit saya sendiri.

“Apa yang penting, kerjasama padu dalam kalangan pemain, jurulatih dan pihak pengurusan pasukan” kata Verdon, yang sebelum ini dilantik sebagai CEO pada 12 November lalu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat, sekali gus menjelaskan kedudukannya dalam Sabah FC kepada pemain selepas selesai sesi latihan kecergasan yang diadakan di trek balapan, Stadium Likas, Kota Kinabalu pagi tadi.

Sementara itu, Verdon turut memberi jaminankedudukannya sebagai pemegang saham terbesar Sabah FC bukan untuk ‘suka-suka tetapi demi kemajuan bola sepak negeri Sabah.

“Saya mahu pasukan jurulatih mencipta rentak sendiri iaitu cara Sabah FC bermain dan mewujudkan program jangka panjang yang bukan sahaja melibatkan pemain yang ada sekarang tetapi pembangunan akar umbi yang kini dibawah bidang kuasa Sabah FC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Verdon turut bersedia menerima teguran serta terbuka kepada apa jua perbincangan sama ada melibatkan para pemain, jurulatih ataupun pihak pengurusan kelab.

“Selagi terikat dengan kontrak semua pihak perlu menghormati dan menjaga isi perjanjian kontrak tersebut ke pengetahuan pihak luar terutama sekali di media sosial.

“Saya boleh bagi jaminan tidak akan boleh berlaku penglibatan politik, sesiapa yang cuba bermain politik dalam Sabah FC mereka berpotensi untuk tinggalkan Sabah FC” jelas Verdon.

Apa yang penting adalah keputusan dan prestasi baik dalam setiap perlawanan Liga Super musim depan sekaligus dapat menjawab segala kritikan, kecaman dan cemuhan daripada semua pihak khususnya para penyokong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya