United pakar kebangkitan - Utusan Malaysia

United pakar kebangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHEFFIELD: Manchester United sekali mempamer kebangkitan hebat ketika menumpaskan Sheffield United 3-2 untuk mengekalkan rekod sempurna di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Keputusan di Bramall Lane pagi tadi membolehkan United mengumpul 18 mata daripada enam perlawanan di luar Old Trafford, malah dalam setiap kemenangan mereka dibolosi terlebih dulu.

Dua jaringan Marcus Rashford dan satu daripada Anthony Martial melonjakkan Red Devils ke tangga keenam liga, lima mata di belakang pendahulu, Liverpool yang bermain lebih satu perlawanan.

ANTHONY Martial (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

“Keadaan amat sukar menuju ke penghujung permainan, dan apabila  lawan mendapat gol kedua, keadaan menjadi tidak selesa.

“Sekarang, kami perlu meningkatkan pula persembahan di laman sendiri,” kata pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer yang hanya menang sekali dalam enam perlawanan di Old Trafford musim ini.

Sheffield yang menduduki tangga tercorot liga mengejutkan United menerusi gol awal David McGoldrick pada minit kelima, iaitu jaringan ketujuh mereka musim ini.

Rashford kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-26 dan United mendahului permainan dengan jaringan Martial tujuh minit kemudian.

Rashford menambah jaringan di awal babak kedua tetapi Sheffield kembali merapatkan jurang menerusi McGoldrick tiga minit sebelum tamat permainan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya