United dalam bahaya - Utusan Malaysia

United dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Dua jaringan Neymar menghidupkan peluang Paris Saint-Germain (PSG) dalam kempen Liga Juara-Juara, manakala Manchester United berdepan tugas getir untuk memburu tiket peringkat kalah mati selepas tewas 1-3 di Old Trafford pagi tadi.

PSG, United dan RB Leipzig kini terikat sembilan mata dalam Kumpulan H ketika saingan berbaki satu perlawanan.

PSG mempunyai kelebihan apabila menjadi tuan rumah kepada Istanbul Basaksehir yang sudah tersingkir, Selasa depan manakala United tidak boleh kalah lagi apabila bertandang ke Jerman.

Meneruskan perlawanan dengan 10 pemain dalam 20 minit terakhir menyukarkan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer.

Selepas Neymar membuka jaringan PSG seawal minit keenam, Marcus Rashford menyamakan kedudukan 1-1 di minit ke-32.

 

FRED hanya dilayangkan satu kad kuning untuk dua kesalahan yang pada babak pertama. – AFP

Bintang tengah United, Fred bernasib tidak dilayangkan kad merah lebih awal apabila melakukan dua kesalahan yang jelas pada babak pertama.

Pemain Brazil itu hanya dilayangkan kad kuning selepas menanduk Leandro Paredes, malah terlepas hukuman ketika melakukan kekasaran terhadap Paredes sekali lagi.

Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahinya pada babak kedua. 

Sejurus selepas Marquinhos menjaringkan gol kedua PSG pada minit ke-69, Fred menerima kad kuning kedua kerana mengkasari bekas bintang United, Ander Herrera.

Neymar melengkapkan kemenangan PSG dengan meledak gol ketiga pasukannya, seminit memasuki waktu kecederaan.

“Kami memiliki beberapa peluang terbaik dan itu perbezaannya apabila anda beraksi dalam perlawanan besar,” kata Solskjaer.

MANCHESTER United tidak boleh kalah apabila bertemu Leipzig di Jerman minggu depan.

Kemenangan 4-3 Leipzig di Istanbul dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal memberi tekanan kepada PSG sebelum memulakan aksi di Old Trafford.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel yang menyedari jawatannya dalam bahaya jika PSG tersingkir awal melakukan beberapa pertukaran termasuk memasukkan Herrera dan Mitchel Bakker. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya