Tuchel dipecat pada Hari Krismas? - Utusan Malaysia

Tuchel dipecat pada Hari Krismas?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) memecat pengurus, Thomas Tuchel pada sambutan Hari Krismas, lapor media tempatan hari ini.

Jurulatih dari Jerman itu akan diganti dengan bekas pertahanan serta jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettino.

PSG bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan ketika dihubungi AFP untuk mengesahkan berita mengejutkan itu yang dilaporkan L’Equipe, RMC dan Bild.

“Tidak pasti,” kata jurucakap pasukan apabila ditanya mengenai kesahihan berita tersebut.

Bintang penyerang PSG, Kylian Mbappe memberi penghargaan kepada Tuchel di media sosial.

“Malang sekali ini lumrah dalam bola sepak tidak ada siapa akan melupakan anda di sini.

“Anda berjaya mencipta sejarah dalam kelab ini dan saya mahu mengucapkan terima kasih,” kata Mbappe.

Pochettino yang beraksi selama dua tahun setengah dengan kelab itu, mungkin akan memulakan tugas pertama pada 3 Januari ini.

Tuchel, 47, tiba di Parc des Princes dengan kontrak dua tahun pada 2018 dan berjaya membawa kelab beraksi dalam final Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Bagaimanapun jika laporan tersebut sah, Tuchel menjadi jurulatih PSG pertama terpaksa meninggalkan kelab pada pertengahan musim sejak Antoine Kombouare menggantikan Carlo Ancelotti pada Disember 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN