TRW bersihkan hutang hampir RM1 juta - Utusan Malaysia

TRW bersihkan hutang hampir RM1 juta

Marko Kraljevic
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak mahu memasuki tahun 2021 dengan bebanan hutang, Kelantan FC terus melakukan ‘pembersihan’ apabila melunaskan bayaran yang dituntut bekas ketua jurulatihnya, Marko Kraljevic.

Jumlah yang perlu dilangsaikan bukan kecil, sebaliknya The Red Warriors (TRW) membayar RM997,253.84 kepada pengendali dari Croatia itu, kata Penasihat Undang-undang Kelantan FC Shairuz Sheffie.

“Bayaran dibuat secara dua peringkat iaitu RM105,225.00 dan RM892,028.84 masing-masing pada 14 September dan 22 Disember lalu kepada peguamcara Kasalo & Raic,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kraljevic dilantik sebagai ­Ketua Jurulatih Kelantan pada 2019 untuk mengembalikan kehebatan TRW.
Shairuz berkata, Kelantan FC juga telah menyelesaikan sepenuhnya bayaran penalti yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berjumlah RM69,996 pada 20 Ogos lalu.

“Jumlah keseluruhan pembayaran bagi kes ini adalah RM1,067,249.84,” katanya.

Kelantan FC sebelum ini melunaskan tunggakan gaji kepada bekas penyerang dari Lebanon, Abou Bakr Al Mel berjumlah RM969,283 dan bekas pemain pertahanan dari Brazil Cassio Francisco sebanyak RM679,263.20.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN