Tottenham calon juara 'norma baharu' - Utusan Malaysia

Tottenham calon juara ‘norma baharu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho percaya,
Tottenham sudah berkembang menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris selepas Son Heung-min dan Harry Kane membantu mereka menundukkan Arsenal 2-0 untuk menerajui liga pagi tadi.

Kehadiran 2,000 penyokong buat kali pertama selepas sembilan bulan turut menaikkan semangat Spurs untuk membenam Gunners di Stadium Tottenham Hotspurs.

Anak-anak buah Mourinho belum tewas dalam 10 perlawanan liga dan mengumpul tujuh mata daripada tiga aksi sukar menentang Manchester City, Chelsea serta Arsenal pada saingan terakhir.

“Kami semakin berkembang. Ramai menjangkakan tiga perlawanan menentang Manchester City, Chelsea dan Arsenal akan menjadi saat kami keciciran mata dan kembali kepada keadaan biasa.

“Tetapi kami tidak kembali kepada keadaan biasa. Saya percaya kami akan terus mengungguli liga kecuali Liverpool menang dengan jumlah yang sama,” kata Mourinho.

Tottenham memintas Chelsea dengan kelebihan dua mata, namun Liverpool berkongsi 24 mata bersama mereka selepas menewaskan Wolverhampton 4-0.

Kejuaraan liga pertama Spurs dalam tempoh 60 tahun kini bergantung kepada kemampuan kelab London itu mengekalkan kecergasan Kane dan Heung-min.

Gandingan tersebut sudah meledak 27 gol dalam semua pertandingan musim ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya