Tottenham bergelut sebelum layak - Utusan Malaysia

Tottenham bergelut sebelum layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Tottenham bergelut sebelum seri 3-3 di Linz pagi tadi, berterima kasih kepada dua sepakan penalti untuk mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Europa.

Keputusan di Austria itu juga memastikan Antwerp turut mara dalam Kumpulan J.

Dua sepakan penalti Spurs disempurnakan Gareth Bale dan Dele Alli, manakala Son Heung-min meledak gol kedua.

Turut melangkah ke peringkat 32 akhir adalah Braga, AC Milan, Lille, Villarreal, Dinamo Zagreb, Red Star Belgrade, Slavia Prague, Bayer Leverkusen, Rangers, Benfica, Granada dan Eindhoven.

Mereka menyertai Leicester City, Arsenal, Hoffenheim dan Roma yang sudah layak lebih awal.

Dalam aksi di Linz, tuan rumah mendominasi babak pertama tetapi hanya menjaringkan satu gol menerusi Peter Michorl.

Spurs yang gagal menemui sasaran, mendapat penalti kerana bola terkena tangan dan Bale menyempurnakannya untuk jaringan ke-200 kariernya.

Heung-min meletakkan Tottenham di depan menerusi serangan balas pantas pada minit ke-56.

Johannes Eggestein bagaimanapun menemui gawang pada minit ke-84 dan mengatasi Joe Hart untuk kedudukan 2-2.

Tiga minit kemudian Spurs kembali mendahului selepas dihadiahkan penalti ekoran kekasaran yang dilakukan pemain lawan terhadap Steven Bergwijn.

Alli menyempurnakan penalti untuk kedudukan 3-2, namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Mamoudou Karamoko menyamakan kedudukan pada waktu kecederaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya