Thuram mohon maaf gara-gara meludah - Utusan Malaysia

Thuram mohon maaf gara-gara meludah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Penyerang Borussia Monchengladbach, Marcus Thuram meminta maaf kerana meludah muka pemain lawan dan menyebabkan dia digantung enam perlawanan serta denda 40,000 euro (RM199,000).

Marcus, 23, anak kepada pemenang Piala Dunia 1998 Perancis, Lilian Thuram diarah keluar padang selepas ulang tayang video mendapati dia meludah Stefan Posch dari Hoffenheim ketika mereka sedang bertelagah dalam aksi Bundesliga semalam.

Sejurus Thuram dibuang padang, Monchengladbach yang ketika itu terikat 1-1 dibolosi satu lagi gol sebelum kalah 1-2.

“Apa yang berlaku hari ini bukan diri saya yang sebenar dan ia tidak sepatutnya terjadi.

“Saya memberi reaksi salah kepada pemain lawan dan ia berlaku tanpa dirancang bukan dengan sengaja…Sudah tentu saya terima segala akibatnya atas perbuatan saya,” kata Thuram.

Thuram turut dikenakan hukuman pemotongan gaji oleh kelabnya, dan wang itu akan disalur kepada badan amal.

Menurut laporan, denda tersebut mungkin boleh mencecah 150,000 euro (RM742,883).

“Marcus menerima hukuman itu dan turut menawarkan diri untuk terlibat dalam kerja sosial.

“Saya mengenalinya sebagai seorang yang memiliki sikap baik. Dia tetap orang sama yang kami kenal. Kami akan menyokongnya,” kata Pengarah Kelab Max Eberl. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN