Terima kasih penyokong! - Utusan Malaysia

Terima kasih penyokong!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Buat kali pertama dalam tempoh 270 hari, Stadium Emirates kembali bergema dengan sorakan penyokong apabila 2,000 penonton hadir menyaksikan Arsenal menewaskan Rapid Wien 4-1 dalam saingan Liga Europa pagi tadi.

Penyokong di stadium berkapasiti 60,000 itu dijarakkan kepada dua bahagian, dan mereka amat bersemangat walaupun Gunners mempamer aksi hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Saya gembira melihat penyokong kembali ke stadium, mereka membawa perbezaan besar.

“Hanya 2,000 penyokong dibenarkan masuk, namun suara mereka sangat kuat dan amat membantu pasukan, jadi terima kasih kepada mereka yang hadir dan berusaha,” kata jurulatih Arsenal, Mikel Arteta.

 

Gunnersaurus juga kembali bertugas.

Di luar stadium sebelum sepak mula kain rentang ‘Akhirnya kembali, Terima Kasih NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain)’ dipasang sebagai penghargaan kepada petugas barisan depan menentang Covid-19.

Kali terakhir Arsenal bermain di Emirates dengan kehadiran penonton pada Mac lalu, tiga bulan sebelum liga ditangguhkan kerana wabak berkenaan.

Arsenal membuka jaringan menerusi rembatan Alexandre Lacazette pada minit ke-10 dan dia berlari meraikan jaringan itu di depan penonton.

Pablo Mari menambah gol kedua tuan rumah dalam penampilan pertamanya sejak Mac lalu.

Eddie Nketiah menjaringkan gol ketiga sebelum separuh masa pertama tamat, namun Kohya Kitagawa memperoleh jaringan saguhati pelawat sebaik sahaja perlawanan bersambung.

Pemain gantian, Emile Smith Rowe meledak gol keempat buat Arsenal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya