TBG Mobs doakan kesihatan Boy - Utusan Malaysia

TBG Mobs doakan kesihatan Boy

SYAMSUL Baharin Ahmad Shibi (kiri) melawat Wan Fadzil Izam Wan Zulkifli yang mengalami strok di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak TBG Mobs, Syamsul Baharin Ahmad Shibi mendoakan agar Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Wan Fadzli Izam Wan Zulkifli yang terkena serangan strok sembuh dan pulih seperti sedia kala

Wan Fadzli Izam yang merupakan Pengurus pasukan Futsal Perak juga dikenali sebagai ‘Boy’ diserang angin ahmar kronik dan terpaksa menjalani pembedahan pada 26 November lalu.

“Saya baru mendapat tahu Wan Izam tidak sihat dan mengambil keputusan untuk melawatnya.

“Kami sudah lama bersahabat dan akrab, saya agak terkejut dengan kejadian yang menimpanya,” katanya ketika menziarahi Wan Fadzli Izam di sini hari ini.

Pada kunjungan itu, Shamsul menyampaikan sumbangan hamper buah serta wang tunai RM1,000 kepada isteri Wan Fadzli Izam, Amirah Muhammad Amiruddin.

Amirah, 36 pula menyifatkan pemulihan suaminya sebagai satu keajaiban kerana sebelum itu tidak diberi peluang untuk hidup.

“Doktor menasihatkan saya supaya bersabar dan bersedia menghadapi kemungkinan umur suami tidak panjang selepas pembedahan.

“Bagaimanapun berlaku keajaiban pada hari ketiga apabila dia memberi tindak balas positif ketika saya menjaganya dan beransur-ansur pulih.

“Akhirnya dia pulih dan dibenarkan pulang pada 13 Disember lalu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya