Sumareh makin selesa bersama Police Tero - Utusan Malaysia

Sumareh makin selesa bersama Police Tero

Mohamadou Sumareh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi pertama Malaysia, Mohamadou Sumareh buat pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama Polis Tero FC ketika kelab itu melakar kemenangan 1-0 ke atas Rayong FC semalam.

Sumareh yang menyertai pasukan Liga Utama Thailand itu pada September lalu tetap memberi impak positif kepada kelab berkenaan meskipun dikeluarkan pada minit ke-57 sebelum dia digantikan oleh Tatchakorn Keawsombut yang meledakan gol tunggal pada minit ke-81.

Pemain kelahiran Gambia itu sebelum ini menghadapi masalah kecergasan selepas hampir tujuh bulan tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif dan melangkah ke Bangkok pada Oktober lalu.

“Bermain dalam liga di sini berbeza dan buat pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama satu permulaan yang baik.

“Permainan di sini pantas, agresif dan jika anda mempunyai satu peluang anda harus manfaatkan. Saingan juga sangat kompetitif, malah kedudukan sentiasa berubah.

“Selepas tidak menang dalam enam atau tujuh perlawanan terakhir sebelum ini, kemenangan ini sangat bermakna untuk pasukan dan saya gembira dapat kembali bersama pasukan,” katanya.

Tambah Sumareh, Polis Tero FC mempunyai tiga lagi baki perlawanan (Nakhon Ratchasima, Trat dan BG Pathum United) sebelum menghabiskan pusingan pertama liga dan dia mahu menghadiahkan kemenangan.

“Jika kami meneruskan persembahan ini seperti ini mungkin kami mampu memenangi perlawanan seterusnya. Kami ketika ini berada di kedudukan kesembilan liga.

“Jika dapat meraih mata lagi, mungkin kami mampu melonjak ke tangga lebih baik sebelum berakhir pusingan pertama liga. Saya sangat gembira bersama pasukan ketika ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai ketua jurulatih Polis Tero FC, Rangsan Vivatchaichok, pemain berusia 26 tahun itu memaklumkan dia masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai prestasinya kerana mereka kini sedang berehat selama satu hari.

“Saya yakin dia akan bercakap dengan kita mengenai permainan itu. Apa paling penting adalah mengutip tiga mata,” jelasnya

Selepas mengharungi 14 perlawanan, kelab itu telah meraih lima kemenangan dan mengumpul empat seri serta empat kekalahan, kini mengumpul 19 mata ketika juara Liga Thailand 2019, BG Pathum United mendahului kedudukan dengan 38 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN