Suarez positif Covid-19 sekali lagi - Utusan Malaysia

Suarez positif Covid-19 sekali lagi

LUIS SUAREZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Luis Suarez terpaksa diketepikan daripada skuad Atletico Madrid dalam pertemuan menentang Bayern Munich pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok selepas sekali lagi diuji positif Covid-19.

Penyerang Uruguay itu sebelum ini terlepas tiga perlawanan bersama kelab termasuk aksi bertemu Barcelona selepas diuji positif Covid-19 ketika berkhidmat bersama skuad kebangsaan.

Walaupun tidak tersenarai dalam skuad 22 pemain oleh Atletico semalam, pengendalinya Diego Simeone tidak sepenuhnya mengetepikan bekas penyerang Barcelona itu.

“Virus ini pelik. Ada kemungkinan ujiannya negatif esok dan cergas dan dia masih lagi berlatih dan mahu membantu pasukan.

“Kami perlu menunggu dan melihat apa yang berlaku dan kemudian memberitahu anda (wartawan). Saya bercakap dengannya semalam dan dia berasa baik.

“Paling penting ialah dia sihat tapi jika dia tidak bermain esok, dia akan bermain pada Sabtu ini,” kata Simeone.

Suarez adalah penjaring terbanyak Atletico musim ini selepas meledak lima gol dalam enam perlawanan La Liga sejak berhijrah dari Barcelona, September lalu.

Ketiadaannya satu tamparan buat Atletico kerana pemain kini berada dalam prestasi terbaik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya