STL bersambung Isnin ini - Utusan Malaysia

STL bersambung Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peminat sepak takraw negara kini boleh bergembira apabila Liga Sepak Takraw (STL) akan kembali bersambung, Isnin ini.

Selepas ditangguhkan hampir dua bulan kerana Covid-19, STL akan kembali membuka tirai pertandingan di venue sama di Stadium Titiwangsa dengan jadual pertandingan dianjakkan ke hari biasa berbanding hujung minggu pada sebelum ini.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya berterima kasih kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Belia dan Sukan (MSN) kerana memberi kebenaran untuk STL kembali diadakan selepas sekian lama ditangguhkan.

“Menerusi kebenaran yang diberikan ini, STL tidak lagi diadakan pada hujugn minggu tetapi akan diadakan hampir setiap hari bagi membolehkan saingan liga ditamatkan segera selepas tertangguh.

“Saya ingin menasihatkan pemain serta pegawai pasukan untuk sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang sudah ditetapkan MKN dan jangan sesekali melanggar arahan demi menjaga nama baik PSM,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Saingan pertama menyaksikan, Kelantan Warriors akan bertemu PDRM Defenders dalam aksi pembukaan pada pukul 3 petang sebelum pendahulu liga, Kuala Lumpur Thunders menentang Selangor Piston pukul 8 malam, diikuti Negeri Sembilan Antlers berdepan Johor Tigris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya