Stadium Paolo kini Diego Armando Maradona - Utusan Malaysia

Stadium Paolo kini Diego Armando Maradona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAPLES, Itali: Napoli secara rasmi menamakan Stadium San Paolo kepada Stadio Diego Armando Maradona bagi memperingati legenda bola sepak Argentina itu yang meninggal dunia 25 November lalu.

Maradona pernah membantu Napoli memenangi dua gelaran Serie A, Piala UEFA dan Coppa Italia sepanjang tujuh tahun menyarung kelab Itali itu.

Presiden kelab, Aurelio De Laurentiis mengakui usaha untuk menukar nama stadium sudah bermula sejak 17 tahun lalu.

“Saya sebenarnya sudah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan sejak 17 tahun lalu, saya sering memohon untuk membeli stadium itu dan menamakannya Diego Armando Maradona.

“Jika terpaksa mengikut tradisi untuk memanggilnya San Paolo dan Maradona, kita akan menggunakan kedua-duanya.

“Ia tidak akan mengubah apa-apa tetapi Maradona berhak mendapat pengiktirafan.

“Jika saya terpaksa membina stadium baharu, saya akan menamakannnya sebegitu,” kata De Laurentiis.

Maradona beraksi dalam 259 perlawanan buat Napoli dan menjaringkan 115 gol, sekali gus memegang rekod tertinggi kelab ketika itu, selain menjadi kapten. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya