Solskjaer jadi sasaran kemarahan penyokong - Utusan Malaysia

Solskjaer jadi sasaran kemarahan penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kempen #OleOut membanjiri media sosial sejurus Manchester United tersingkir seawal peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pagi tadi.

Hanya perlu seri untuk layak, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer sebaliknya tewas 3-2 kepada RB Leipzig di Jerman selepas mempamer satu lagi aksi hambar.

Turun selaku pendahulu Kumpulan H, namun Red Devils menutup kempen di tangga ketiga, keputusan yang mencetus kemarahan penyokong mereka.

United akan meneruskan saingan dalam Liga Europa, sesuatu yang sukar diterima peminat, apatah lagi mereka juga gagal menempatkan diri pada kelompok empat terbaik Liga Perdana dengan menghuni tangga keenam.

“(Paul) Pogba yang berada pada prestasi terbaik direhatkan lagi dan dia kemudian mencipta banyak peluang (masuk sebagai gantian). Ole memang badut,” tulis pemilik akaun Twitter Dheer_UTD).

“Tidak boleh lari daripada memikirkan…Kalaulah ada (Romelu) Lukaku? Seorang penyerang yang tahu di mana pintu gol,” kata Michaelreid89.

“Sangat memalukan,” tulis TheManUtdWay.

“Memalukan sungguh. Dari pendahulu kumpulan sejak awal dan sekarang kita terkeluar,” luah FourFourJordan.

“Pecat Ole skarang,” kata pengguna Twitter Utdaa_.

“Pengurus dan pasukan yang memalukan,” kata HoopsReference.

Kedudukan Solskjaer sebagai pengurus United pastinya semakin panas, kecuali jika legenda kelab itu mampu merubah nasib pasukan dengan kembali ke kelompok empat terbaik liga domestik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya