Sociedad cemas sebelum mara - Utusan Malaysia

Sociedad cemas sebelum mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Real Sociedad dan Napoli seri 1-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Europa, keputusan yang memadai untuk membawa mereka ke saingan 32 akhir selepas AZ Alkmaar kalah mengejut 1-2 di Rijeka dalam satu lagi perlawanan.

Young Boys, Molde, Wolfsberg dan Maccabi Tel-Aviv turut melengkapkan kemaraan, sekali gus menyertai undian Isnin ini di Nyon.

Mereka menyertai 18 pasukan yang sudah melayakkan diri lebih awal, selain pasukan yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Wakil Sepanyol, Sociedad berada di ambang penyingkiran ketika dua perlawanan terakhir Kumpulan F memasuki minit terakhir.

Alkmaar dijangka mara sebagai pasukan tangga kedua selepas masih terikat dengan Rijekam memasuki minit ke-90, manakala Napoli mendahului di Naples hasil gol Piotr Zielinski pada separuh masa pertama.

Begitupun Willian Jose meledak gol penyamaan Sociedad pada minit ke-92 untuk membawa kelab La Liga itu kembali ke tangga kedua pada ketika Ivan Tomecak meledak gol kemenangan Rijeka di Croatia, tiga minit memasuki waktu kecederaan bagi menyingkirkan Alkmaar.

Napoli menamatkan saingan selaku juara kumpulan dengan 11 mata, dua mata di depan Sociedad, manakala Alkmaar di tangga ketiga dengan lapan mata.

“Saya gembira tetapi keputusan lebih penting berbanding siapa jaringkan gol malam ini,” kata Zielinski.

Sementara itu, tiga wakil Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Tottenham dan Leicester City yang sudah melayakkan diri lebih awal menutup kempen selaku juara kumpulan masing-masing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya