Silat yakin ke Olimpik 2032 - Utusan Malaysia

Silat yakin ke Olimpik 2032

MOHD. Ali Mohd. Rustam (tengah) menerima sijil pengiktirafan daripada Timbalan Presiden Pesaka, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah (dua dari kiri) sambil diperhatikan Megat Zulkarnain Omardin (kiri) di Pejabat Tuan Yang Terutama, Seri Negeri, Ayer Keroh semalam. – MINGGUAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Malaysia pernah memiliki juara silat dunia, jadi tidak mustahil mampu memenangi pingat emas Sukan Olimpik jika acara tersebut berjaya mendapat tempat pada temasya 2032.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) percaya, berdasarkan sokongan yang ­diterima daripada 90 ahli Persekutuan Silat Dunia, menjadikan silat sebagai acara Olimpik adalah sasaran realistik.

Setiausaha Agong Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, perancangan ke arah memastikan silat diterima ke temasya sukan terbesar dunia itu sedang dirangka dengan teliti.

Katanya, selain pelan yang dirancang, satu lagi usaha giat dijalankan ialah untuk menjadikan acara silat sebagai acara demonstrasi di Sukan Olimpik 2024 di Perancis.

“Hasil perbincangan awal dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebelum ini secara keseluruhannya mereka memberi maklum balas positif.

“Bagi saya jika cadangan ini diterima sudah pasti laluan silat untuk dipertan­dingkan pada 2032 semakin cerah,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan silat sebagai Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity UNESCO kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd.

Ali Mohd. Rustam di Pejabat TYT, Ayer Keroh di sini.

Kata Megat Zulkarnain, beliau yakin kriteria utama yang ditetapkan oleh IOC mampu dipenuhi.

Antaranya ialah silat dimainkan di lima benua selain paling kurang 65 buah negara telah menjadikan silat sebagai salah satu acara sukan di negara masing-masing.

“Ini adalah sebahagian daripada kriteria penting yang dilihat oleh IOC sebelum sesuatu sukan baharu itu dapat dimasukkan dalam acara di temasya yang dianjurkan empat tahun sekali itu.

“Silat pada hari ini sudah pun berkembang di lima benua selain kita mempunyai lebih 90 ahli Persekutuan Silat Dunia yang juga mempunyai pertubuhan persekutuan silat di negara masing-masing,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya