Silat mahu cabar 'negara Khabib' - Utusan Malaysia

Silat mahu cabar ‘negara Khabib’

PESILAT negara akan menguji peraturan baharu di negara Kesatuan Soviet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad silat negara bakal menguji kemam­puan beraksi di bawah peraturan baharu di beberapa buah negara bekas Kesatuan ­Soviet iaitu Kazakhstan, Uzbekistan dan ­Kyrgystan dari 2 hingga 15 Februari 2021.

Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihak­nya memilih untuk berkelana di sana memandangkan ia sinonim dengan negara kelahiran Khabib Nurmagomedov iaitu Rusia.

“Kami sepatutnya berlepas ke sana pada Rabu lalu dan pulang 15 Disember ini, tapi tak jadi susulan pandemik Covid-19 biarpun segala persediaan telah dilakukan.

“Bagaimanapun kami dah tetapkan semula akan pergi ke sana pada 2 hingga 15 Februari untuk menyertai pertandingan yang menggunakan peraturan baharu.

“Lagi pun, kita sedia maklum blok ‘negara Khabib’ ini memang kuat dan handal dalam sukan tempur.

“Sebab itu kami pilih negara tersebut untuk skuad negara menguji kemampuan diri,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Antara peraturan baharu yang diluluskan Ogos lalu se­perti membenarkan tumbukan Superman, tarik dan pukul, pukul di bahagian belakang vest, pukulan tangan belakang, lompat dan menyiku ke vest, membuat kuncian, sekali gus menjadikan sukan itu lebih menarik ala seni bela diri campuran (MMA).

Dalam perkembangan lain, Megat berkata, 16 pingat emas ditawarkan dalam Sukan SEA 2021 Hanoi yang berlangsung pada 21 November hingga 2 Di­sember depan, dengan 10 daripadanya melibatkan acara
tan­ding, manakala enam lagi seni.

“Kita tiada masalah dengan kesemua pingat yang ditawarkan lebih-lebih lagi 10 emas acara tanding.

“Ini kerana, semua bekas pemenang pingat Sukan SEA dalam keadaan baik dan sedia bertempur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya