Shukor hampiri rekod pemain tertua Liga M - Utusan Malaysia

Shukor hampiri rekod pemain tertua Liga M

SHUKOR Adan menutup karier bola sepak secara profesional dengan bergaya apabila KL City menjuarai Piala Malaysia 2021.- IHSAN KLFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan berpengalaman, Shukor Adan yang bakal menginjak usia 42 tahun pada 24 September 2021 menghampiri rekod pemain paling tua beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) sejak era profesional diperkenalkan.

Bekas kapten Harimau Malaya itu dijangka kekal bersama Kuala Lumpur musim depan, sekali gus berpeluang memecah rekod pemain pa­ling tua yang dipegang penjaga gol era 1990-an dan awal 2000, V. Murugan yang kali terakhir beraksi dengan Melaka pada usia 43 tahun.

Begitupun rekod bukan ke­utamaan Shukor, sebaliknya dia hanya mahu memberi khidmat terbaik buat pasukan yang di­naungi.

“Sebenarnya saya tidak merancang hendak bersara pada usia berapa dan semua bergantung kepada tawaran, jika sudah tiada pasukan mahu saya maka saya akan berhenti.

“Saya tidak terfikir hendak buat rekod sebagai pemain paling berusia dalam negara kerana apa yang saya tengok adalah keadaan diri saya sama ada boleh terus bermain.

“Ketika ini saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Apa pun saya tengok dulu prestasi dalam beberapa perlawanan musim depan kerana musim ini saya hanya bermain lapan ke sembilan aksi kompetitif, jadi sukar untuk cakap bagaimana keadaan diri
saya,” ujarnya.

Kata Shukor, dia sudah bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk mengharungi musim baharu yang lebih mencabar.

“Saya bersiap sedia beraksi di Liga Super sekali lagi kerana dulu pada usia 40 tahun, saya pernah bantu Melaka.

“Sekarang kena siapkan mental, fizikal dan tahap kecergasan jika mahu bermain di peringkat tertinggi.

“Sebagai pemain senior, kita kena play smart dan bukannya play hard kerana tidak guna kerah kudrat 100 peratus kerana pe­ngalaman membaca permainan adalah senjata terbaik,” katanya.

Kehadiran pemain kelahiran Melaka itu bersama Kuala Lumpur musim lalu membantu skuad warga kota naik ke Liga Super selepas menduduki tangga ketiga Liga Perdana.

Di awal karier bersama Ne­geri Sembilan Shukor bermain sebagai penyerang, namun perpindahan ke Selangor me­ngubahnya menjadi pemain pertahanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya