Salam takziah buat Syafiq - FAM - Utusan Malaysia

Salam takziah buat Syafiq – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada pemain kebangsaan, Syafiq Ahmad yang kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya selepas mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Syafiq, 25, dan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Aaira Nur Safiyya mengalami cedera ringan.

Bagaimanapun isterinya, Nor Amalina Norain, 25, cedera parah.

“Kami mendoakan semoga isterinya diberikan kesembuhan,” kata FAM dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara, anak lelakinya yang baru lahir pada 14 November 2020, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an meninggal dunia di tempat kejadian.

“Semoga Allah mengampuni dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka serta meringankan musibah Syafiq seisi keluarga. Al-Fatihah,” tulis FAM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN