Salah tak merajuk lagi - Utusan Malaysia

Salah tak merajuk lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp meredakan keadaan dengan Mohamed Salah mengenai isu kapten yang dikatakan punca bintang Mesir itu mahu meninggalkan Liverpool.

Kata Klopp, Salah hanya tertawa ketika dia membangkitkan perkara itu, malah pemain tersebut berada dalam mood yang amat baik.

Salah, 28, sebelum ini mencetus kekecohan apabila meluahkan rasa tidak gembira kepada media Sepanyol kerana tidak diberi lilitan kapten sewaktu Liverpool menentang Midtjylland dalam Liga Juara-Juara, 9 Disember lalu.

Trent Alexander-Arnold.

Sebaliknya, Trent Alexander-Arnold yang enam tahun lebih muda daripadanya dipilih mengepalai perlawanan itu, sekali gus muncul kapten ketiga termuda dalam sejarah Reds.

Bekas rakan sepasukan Salah di Mesir, Mohamed Aboutrika turut mengakui pemain itu tidak gembira di An eld dan mahu berhijrah.

“Peraturannya di sini, kami ada jawatankuasa pemain. Hendo (Jordan Henderson) memakai lilitan kapten, jika dia tidak bermain, James Mi lner pula bertindak sebagai kapten, diikuti Virgil van Dijk dan Georginio Wijnaldum.

“Jika mereka semua tidak bermain, biasanya pemain paling lama berada di kelab akan menjadi kapten berikutnya,” ujar Klopp.

DIVOCK Origi sepatutnya diberi lilitan kapten.

Bagaimanapun Klopp mengakui, dia membuat kesilapan memberi lilitan kapten kepada Alexander-Arnold dan bukan Divock Origi yang lebih senior.

“Orang yang sepatutnya marah adalah Divock. Saya ada bercakap tentang perkara ini dengan Salah dan apa yang diperkatakan dalam wawancara dengan media Sepanyol,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN