Rozaimi menangis melihat kemalangan Syafiq - Utusan Malaysia

Rozaimi menangis melihat kemalangan Syafiq

KEADAAN kereta Rozaimi yang terlibat dalam kemalangan di Tuaran, Sabah lima tahun lalu,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pernah melalui pengalaman hitam terlibat dalam kemalangan ngeri pada 2015 membuatkan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Rozaimi Abdul Rahman amat bersimpati dengan nasib  menimpa Syafiq Ahmad.

Penyerang kelahiran Sabah itu sempat menitipkan kata-kata semangat kepada Syafiq yang terlibat dalam kemalangan kelmarin hingga mengorbankan anak, ibu mentua serta pembantu rumahnya.

Kata Rozaimi, 28, kemalangan yang menimpa di Tuaran, Sabah lima tahun lalu menyebabkan anak saudaranya terkorban dan sehingga kini dia masih trauma setiap kali terkenangkan insiden malang itu.

“Saya kemalangan dengan kereta semua, sampai sekarang saya masih trauma. Apabila melihatnya (kemalangan yang menimpa Syafiq Ahad lalu), saya menangis sebab masih teringat anak saudara saya.

“Dia (Syafiq) pula dengan mak mentua dan anaknya, jadi ia benda yang sama seperti yang berlaku kepada saya, saya melihat kemalangan itu memang dalam keadaan trauma.

“Saya melihat keretanya juga sama seperti kereta saya dulu, hancur. Kemudian dia hilang orang yang tersayang, memang sama macam saya,” katanya dalam media sosial.

Dalam masa sama, Rozaimi mengharapkan Syafiq sentiasa kuat dan tabah menerima dugaan yang berat itu.

“Anak saudara saya dulu dari kecil membesar dengan saya, saya tak boleh ingat kemalangan itu, saya kena ingat perkara lain daripada itu untuk menguatkan semangat diri saya.

“Kesedihan itu memang ada, rasa nak nangis pun ada bila teringat perkara itu. Tapi kita kena kuat dan jangan ingat benda yang membuatkan kira rasa hilang semangat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya