Ronaldo Pemain Terbaik Abad Ini - Utusan Malaysia

Ronaldo Pemain Terbaik Abad Ini

CRISTIANO Ronaldo dinobat sebagai Pemain Terbaik Abad Ini dalam Anugerah Globe Soccer di Dubai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Cristiano Ronaldo menambah satu lagi trofi koleksinya apabila dinobat sebagi Pemain Terbaik Abad ini dalam Anugerah Globe Soccer di sini, hari ini.

Penyerang Portugal dan Juventus itu yang sudahpun memiliki lima anugerah Balon d’or tersenyum sepanjang berada di atas pentas untuk menerima pengiktirafan sebagai pemain bola sepak terbaik dunia dari 2001 hingga 2020.

Ini adalah trofi terbaharu dimenangi pemain berusia 35 tahun itu yang baru-baru ini turut menerima anugerah Kaki Emas 2020 iaitu pengiktirafan buat pemain berusia atas 28 tahun yang masih mampu memberikan aksi terbaik di peringkat tertinggi.

Selain Ronaldo, pengendali Manchester City, Pep Guardiola turut menerima anugerah Jurulatih Terbaik Abad Ini, dengan kebanyakan pencapaiannya diraih ketika bersama Barcelona.

Kejayaan memenangi pelbagai kejuaraan liga domestik ketika di England, Sepanyol dan Itali, selain membantu Portugal muncul juara Eropah 2016 adalah faktor utama Ronaldo dipilih sebagai pemenang untuk menewaskan seteru utamanya, Lionel Messi.

“Memenangi gelaran adalah perkara yang hebat.

“Bukan mudah menjadi yang terbaik untuk tempoh yang panjang. Saya sangat bangga tapi tanpa pasukan, jurulatih dan kelab yang hebat, ia tidak mungkin berlaku,” kata Ronaldo.

Ronaldo dalam Twitter turut menulis: “Paling gembira dengan anugerah malam ini! Ketika saya meraikan 20 tahun sebagai pemain bola sepak profesional, Pemain Terbaik Abad ini oleh Bola Sepak Global adalah penghormatan yang saya terima dengan gembira dan bangga!”

Guardiola diberi penghormatan kerana karier pengurusannya yang menyaksikan dia menang liga di Sepanyol, Jerman dan England selain dua kali menang Liga Juara-Juara. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN