Real kembali jadi calon juara - Utusan Malaysia

Real kembali jadi calon juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real Madrid kembali menjadi pencabar utama La Liga selepas mengalahkan pendahulu, Atletico Madrid 2-0 pagi tadi, sekali gus memberi kekalahan liga pertama buat jiran mereka.

Real yang berjaya menyelamatkan diri dalam Liga Juara-Juara dengan mara ke kelompok 16 terakhir, Rabu lalu kini menghuni tangga ketiga liga menerusi 23 mata, tiga mata di belakang Atletico.

Selepas mengharungi 26 perlawanan tanpa kalah sejak Februari lalu, skuad bimbingan Diego Simeone mengharungi malam yang amat mengecewakan.

“Kami mempamer peningkatan di semua posisi bermula dengan pertemuan menentang Sevilla diikuti Borussia.

“Kami sekali lagi memberikan persembahan baik hari ini,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane merujuk kepada kemenangan pasukannya sejak beberapa minggu lalu yang berjaya menukar keadaan.

Real berada di depan selepas 15 minit menerusi tandukan Casemiro sebelum jaringan sendiri Jan Oblak menjadikan kedudukan 2-0.

Atletico sebelum ini mencatat 17 kemenangan dan sembilan seri dalam perlawanan terakhir mereka (semua pertandingan).

Real juga adalah pasukan terakhir menewaskan Atletico dalam La Liga. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya