Perancis dapat undian 'janggal' - Utusan Malaysia

Perancis dapat undian ‘janggal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Juara bertahan, Perancis akan berdepan Ukraine, Finland, Kazakhstan dan Bosnia Herzegovina dalam Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2022 zon Eropah.

Skuad bimbingan Gareth Southgate, England yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Russia pula diundi bersama Poland, Hungary, Albania, Andorra serta San Marino dalam Kumpulan I.

Perancis yang dibimbing Didier Deschamps ditempatkan dalam kumpulan yang hanya dibarisi lima pasukan kerana mereka perlu beraksi dalam final Liga Negara-Negara UEFA di Itali, Oktober tahun depan.

Skuad Les Bleus menerima undian yang agak janggal kerana mereka mempunyai sejarah dengan Finland dan Ukraine.

Finland mengalahkan Perancis dalam aksi persahabatan di Paris baru-baru ini, manakala Ukraine mengejutkan mereka 2-0 dalam playoff pertama Piala Dunia 2014, namun Les Bleus menang 3-0 pada aksi timbal balik.

“Kempen kelayakan adalah laluan yang panjang dan banyak halangan menanti. Lebih baik kami cuba elak (kesulitan),” kata Deschamps.

Bagi England, ini kali ketujuh mereka diundi bersama Poland dalam kelayakan Piala Dunia.

Pertemuan terakhir mereka ialah pada edisi 2014, yang menyaksikan kedudukan terikat 1-1 di Warsaw sebelum England menang 2-0 di Wembley.

Antara pertemuan paling diingati England apabila gagal ke Piala Dunia 1974 selepas tewas 2-0 di Poland dan kemudian diikat 1-1 di Wembley.

“Pertemuan ini mempunyai sejarah tersendiri. Macam sudah dijampi, kami sering diundi menentang mereka,” kata Southgate.

Kempen kelayakan Eropah akan bermula Mac depan dengan 13 negara layak ke pusingan akhir 32 pasukan di Qatar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya