Pemain Arsenal ketakutan - Utusan Malaysia

Pemain Arsenal ketakutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas bintang Arsenal, Theo Walcott berkata, dia dapat merasakan ‘ketakutan’ pemain Gunners ketika Southampton mengikat kelab London itu 1-1 pagi tadi.

Arsenal akhirnya menamatkan badi kekalahan, namun prestasi mereka masih tidak meyakinkan dan kekal di tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris.

Lebih malang, layangan kad merah terus menghantui Gunners, kali ini giliran Gabriel Magalhaes dibuang padang kerana mengkasari Walcott.

Walcott yang meledak gol pembukaan Southampton bersimpati dengan nasib bekas pasukannya, namun percaya Mikel Arteta orang yang tetap untuk membimbing Arsenal.

GABRIEL Magalhaes dibuang padang pada minit ke-62 kerana mengkasari Theo Walcott.

“Sejujurnya, saya dapat rasakan terlalu banyak ketakutan dalam pemain Arsenal malam ini. Mereka sedang melalui detik sukar, jadi seri sudah amat melegakan.

“Kami sebaliknya kecewa tidak pulang bersama tiga mata di tempat lawan. Kami datang ke sini dengan keyakinan tinggi.

“Emirates sudah banyak berubah tapi saya rasa mereka mempunyai orang yang tepat untuk membawa pasukan,” kata Walcott, yang menyarung jersi Arsenal dari 2006 hingga 2018.

Arteta melakukan empat pertukaran daripada barisan pemain yang dimalukan Burnley 1-0, Ahad lalu.

Dia juga kembali daripada sistem empat pertahanan kepada tiga, namun perubahan itu tidak banyak memberi kesan dan Gunners tetap lesu.

Walcott mengejutkan Arsenal dengan gol pembukaan pada minit ke-18, namun Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan pada minit ke-62.

Ini jaringan pertama Aubameyang di Emirates sejak Julai lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN