Pawi dah sampai Malaysia - Utusan Malaysia

Pawi dah sampai Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permintaan peminat yang sering menyeru Safawi Rasid meninggalkan Portimonense dan pulang ke Malaysia akhirnya ditunaikan pemain itu.

Hari ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar menerusi Instagram ‘story’ @hrhcrownprinceofjohor yang menyaksikan beliau bersama Safawi dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham berada di gimnasium di pusat latihan skuad Harimau Selatan.

Safawi,23, turut berkongsi gambar sama yang seakan mengiyakan bahawa dia sudah berada di Malaysia.

“Ya… betul Safawi sudah ada di Malaysia. Dia kini begitu bersemangat untuk memulakan musim baharu bersama JDT dan membantu skuad negara mengharungi kelayakan (Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023),” kata sumber rapat kepada pemain itu.

Tunku Ismail telah mengesahkan Safawi akan kembali bersama JDT bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan ketika sesi temu bual dalam rancangan BOLA@MAMAK bersama sebuah stesen televisyen swasta, dua minggu lalu.

Safawi menyertai Portimonense SC yang beraksi dalam Primeira Liga itu pada Oktober lalu dengan status sebagai pemain pinjaman bagi tempoh semusim yang sepatutnya berakhir pada Mei tahun depan.

Sepanjang dia berada di sana, hanya sekali Pawi merasai aksi sebenar bersaing dengan pasukan di sana ketika diturunkan bersama skuad Bawah 23 tahun (B-23) Portimonense SC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN