Pandu F1 kerana 'anak daddy' - Utusan Malaysia

Pandu F1 kerana ‘anak daddy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lance Stroll, Nicholas Latifi dan Nikita Mazepin pelumba muda yang melangkah ke Formula Satu (F1) dengan bantuan kewangan daripada bapa mereka yang kaya-raya.

Secara umumnya, sukan permotoran paling mahal di dunia itu menelan perbelanjaan sehingga 100,000 ribu pound (RM550,000) setahun untuk seorang pelumba.

Bapa kepada juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton terpaksa melakukan tiga pekerjaan untuk membiayai karier anaknya dan kini pengorbanan tersebut dibalas dengan kejayaan yang cukup luar biasa.

Begitupun zaman sudah berbeza dan menjadi lebih mudah untuk golongan kaya mencapai ke tahap tertinggi di perlumbaan F1.

Dengan panggilan ‘anak ­daddy’ di paddock, semua mata anak tertumpu kepada seorang pelumba Kanada bernama Lance Stroll.

Biarpun sebelum ini, banyak pihak mengatakan dia pemandu yang ‘mencuri’ tempat daripada pelumba lain yang lebih berbakat, namun kejayaan menamatkan aksi terakhir F1 di kedudukan ke-11 dan menaiki dua podium menyaksikan pencapaian yang tidak terlalu buruk untuknya.

Musim depan, Stroll, 22, bakal menerima perkhabaran gembira kerana seorang lagi ‘anak daddy’, Mazepin akan menyertai perlumbaan tersebut dan dia mungkin tidak akan lagi menjadi pemandu paling dibenci di grid.

Lawrence Stroll bapa kepada Stroll memiliki simpanan sebanyak 2 bilion pound (RM11 bilion) di bank dan individu yang ­sangat meminati kereta lumba dan berlumba.

Menerusi kekayaan yang dimiliki menyaksikan, Stroll yang memenangi siri F3 Eropah terus melangkah ke F1 untuk bersama pasukan William bagi musim 2017.

Menjelang 2019, ­bapanya mengetuai konsortium yang mengambil alih Force India dan mengubahnya menjadi pasukan Racing Point.

LANCE Stroll meraikan kejayaan  tangga ketiga Grand Prix Bahrain, 6 Disember lalu. – AFP

Sementara itu, memiliki watak yang agak pendiam dan sederhana, Latifi bakal memasuki tahun kedua dalam perlumbaan F1 musim depan walaupun menduduki tempat terbawah tahun ini.

Bergelar pemandu sepenuh masa, Latifi, 25, gagal meraih sebarang mata dan tidak memenuhi syarat seperti rakan sepasukan di Williams, George Russell dalam setiap sesi kelayakan.

Begitupun dengan bantuan kewangan daripada bapanya, Michael, hartawan kelahiran Iran-Kanada, membolehkan Latifi dan pasukan Williams terus bersaing biarpun berdepan impak teruk ekoran pandemik Covid-19.

NICHOLAS LATIFI

Dalam pada itu, kehadiran Mazepin ke F1 musim depan ­disebabkan tajaan besar yang dijanjikan bapanya, yang juga seorang hartawan.

Bintang Rusia itu akan bergandingan dengan anak legenda F1, Michael Schumacher, Mick mewakili pasukan Haas pada 2021. Duo ini menggantikan pasangan popular Romain Grosjean dan Kevin Magnussen.

Bapa Nikita, Dimitry, meng­asaskan sebuah syarikat kimia pada 2007 dan memiliki aset 5 bilion pound (RM27.5 bilion).
Kedatangan Mazepin ke F1 bukan hanya atas dasar kewa­ngan tetapi turut dicemari dengan pelbagai kontroversi.

Nikita, 21, sebelum ini pernah dilarang untuk berlumba selepas menumbuk bintang F2 Britain, Callum Ilott yang mengalami kecederaan agak serius.
Dia juga pernah berdepan dakwaan meraba seorang wanita di Bahrain. – AGENSI

Nikita Mazepin
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya