KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Liga Sepak Takraw (STL) akan kembali bersambung atau terus ditunda akan diketahui hari ini.
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail memberitahu, segala pertimbangan sudah dibuat dan ada beberapa perkara kecil perlu diperhalusi sebelum pihaknya membuat keputusan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perincian mengenai perkara itu sebaliknya meminta semua pihak bersabar sebelum perkara itu diumumkan.
“Kalau diikutkan, kami sudah ada keputusan tetapi beri saya sedikit masa lagi, esok (hari ini) mungkin saya akan keluarkan kenyataan mengenai STL,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, beberapa pasukan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penganjuran STL selepas tidak menerima sebarang surat rasmi mengenai pertandingan itu.
PSM sebelum ini memberi bayangan akan kembali menyambung STL esok seandainya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditarik balik namun kerajaan sudah memutuskan untuk menyambung perintah itu untuk dua minggu lagi.
Dalam perkembangan sama, PSM berhasrat untuk mengekalkan Stadium Titiwangsa sebagai venue utama bagi mengurangkan kos penganjuran namun tidak menolak kemungkinan menganjurkan di luar Kuala Lumpur