MU ikat Apek dua tahun - Utusan Malaysia

MU ikat Apek dua tahun

Khairul Fahmi Che Mat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khairul Fahmi Che Mat bersama lapan lagi pemain Melaka United (MU) dikekalkan bagi membawa cabaran dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengalaman luas dan prestasi yang baik pada musim lepas menjadi antara faktor utama bekas penjaga gol Harimau Malaya yang lebih dikenali sebagai Apek dikekalkan hingga 2022.

“Apek akan bersama Melaka hingga 2022. Dia telah me­nunjukkan prestasi yang baik musim lepas dan pengurusan sebulat suara bersetuju untuk terus mengekalkannya.

“Secara keseluruhan sembilan pemain musim lalu dikekalkan. Ini bakal menjadi teras pembentukan pasukan ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan.

“Keserasian mereka juga mampu memberi impak kepada kecemerlangan dan perubahan buat MU bagi musim 2021,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Mohd. Saiful Mat Sapri kepada Utusan Malaysia semalam.

Mengulas lanjut mengenai kuota dua lagi pemain import, Saiful mengakui barisan kejurulatihan masih menilai beberapa pemain import di bahagian sera­ngan untuk memperkuatkan pasukan.

“Kita masih berbincang dan menilai pemain-pemain import untuk mengisi jentera serangan. Sekarang kita sudah ada tiga import, mungkin awal bulan Januari kita akan umum,” jelasnya.

Selain Apek, dua penjaga gol Norazlan Razali dan Ahmad Solihin Mamat turut memperkuatkan kubu terakhir pasukan tersebut.

Norazlan pernah bersama Kuala Lumpur, Selangor dan Felda United, selain membantu Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super musim 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya