Mickey milik Terengganu FC - Utusan Malaysia

Mickey milik Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pemain lincah, Faisal Abdul Halim menjadi muka baharu pertama diumum menyarung jersi Terengganu FC musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC Sdn. Bhd., Ab. Rasid Jusoh berkata, pemain berasal dari Pulau Pinang itu sah menyertai skuad berkenaan untuk tempoh dua tahun bermula hari ini.

“Kemasukan Faisal adalah percaturan ketua jurulatih, Mohd. Nafuzi Zain dan menjadi antara muka baharu Terengganu FC untuk musim 2021.

“Kami berharap dia dapat segera menyesuaikan diri dan memperkuatkan pasukan dalam menghadapi Liga Super dan Piala AFC,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Faisal atau lebih dikenali sebagai ‘Mickey’ memulakan kerjayanya bersama skuad Piala Presiden Pulau Pinang pada 2015 sebelum menyertai Pahang.

Pemain sayap itu merupakan tonggak skuad Tok Gajah sejak 2016 selain pernah bersama pasukan bawah 23 tahun negara dan menyertai program realiti, Mencari Ramli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya