LONDON: Peminat bola sepak dunia mempertikaikan tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menamakan Lionel Messi dalam senarai tiga calon akhir Anugerah Pemain Terbaik FIFA.
FIFA sebelum ini menyenaraikan 11 pemain bagi merebut anugerah itu dengan Liverpool mendahului senarai menerusi empat
pencalonan.
Mengetuai pencalonan penyerang Jerman dan Bayern Munich, Robert Lewandowski.
Turut tercalon Cristiano Ronaldo, Messi, Thiago Alcantara, Kevin De Bruyne, Robert Lewandowski, Sadio Mane, Kylian Mbappe, Messi, Neymar, Sergio Ramos, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk.
Bagaimanapun, hanya tiga pemain melepasi senarai akhir – Lewandowski, Messi dan Ronaldo.
Kehadiran Messi menimbulkan kemarahan peminat kerana Barcelona dan Argentina tidak memiliki pencapaian.
Sebaik sahaja FIFA mengumumkan Neymar, De Bruyne, Muller dan Neuer tersisih, laman web badan bola sepak dunia itu diserang.
“Messi tidak layak berada dalam senarai. Anugerah Ballon d’Or 2010 dan 2019 juga dirompak secara terbuka,” kata seorang peminat.
“Di mana Neymar? Messi dan CR7 (Ronaldo) memang genius tapi musim ini, tiga pemain utama ialah Lewandowski, Neymar dan De Bruyne,” kata seorang lagi peminat.
“Kenapa ada Messi? Apa sumbangannya pada 2020?,” tanya seorang peminat.
“Messi tidak menang trofi, CR7 tidak melakukan apa-apa di UCL (Liga Juara-Juara),” kata seorang lagi peminat. – AGENSI