Maradona 'dibiarkan' 3 hari tanpa bantuan - Utusan Malaysia

Maradona ‘dibiarkan’ 3 hari tanpa bantuan

DIEGO MARADONA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Diego Maradona terjatuh dan kepala terhantuk seminggu sebelum kematiannya, malah dibiarkan tanpa bantuan selama tiga hari, dakwa jururawat legenda bola sepak Argentina itu.

Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung di rumahnya di Buenos Aires minggu lalu.

Hasil siasatan polis selepas menerima dakwaan berlaku kecuaian perubatan, peguam kepada jururawatnya melaporkan kepala Maradona terhantuk selepas terjatuh di rumahnya.

Menurut media tempatan, pemenang Piala Dunia 1986 itu tidak dibawa ke hospital untuk diperiksa bahagian kanan kepalanya.

Pada ketika itu, dia dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di sebelah kiri kepala dan dipantau sepanjang masa.

“Maradona terjatuh pada Rabu seminggu sebelum kematiannya.

“Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk tetapi mereka tidak membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” kata peguam kepada jururawat Gisela Madrid.

Peguam Rodolfo Baque turut mendakwa, bekas bintang Barcelona dan Napoli itu dibiarkan sendirian selama tiga hari selepas insiden itu.

“Maradona tidak mampu membuat keputusan selepas terjatuh dia dibiarkan selama tiga hari di biliknya tanpa dilihat sesiapa dan tanpa sebarang bantuan,” katanya.

Laporan awal bedah siasat melaporkan Maradona mengalami bengkak paru-paru dan kegagalan jantung kronik yang membawa kepada kematiannya ketika tidur.

Pada Sabtu lalu, jururawat Maradona mengakui dia berbohong mengenai pemeriksaan rutin awal pagi dan pengakuan itu menambahkan lagi misteri di sebalik kematian legenda bola sepak dunia itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya