Manchester United tersingkir - Utusan Malaysia

Manchester United tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEIPZIG: Manchester United ditunjukkan jalan keluar seawal peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas tumpas 3-2 kepada kelab Jerman, RB Leipzig pagi tadi.

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya bergelut ketika ketinggalan 0-2 pada babak pertama dan keadaan menjadi betambah sukar apabila lawan menjadikan kedudukan 3-0.

Leipzig mendahului 3-0 menerusi pemain pinjaman Manchester City, Angelino, Amadou Haidara dan Justin Kluivert di Red Bull Arena.

United merapatkan jurang pada 10 minit terakhir hasil sepakan penalti Bruno Fernandes dan tandukan pemain gantian Paul Pogba.

“Kami tidak bersungguh-sungguh sehingga mereka menjaringkan gol kedua.

“Kami tahu mereka akan datang ke kawasan penalti dan melakukan hantaran tetapi kami tidak mampu bangkit selepas ketinggalan dua gol,” kata Solskjaer.

Kemenangan kelab Jerman itu menebus kekalahan 5-0 mereka di Old Trafford pada Oktober.

“Pemain-pemain berjuang bersungguh-sungguh, mereka seperti mesin,” kata pengendali Leipzig Julian Nagelsmann.

Leipzig hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan menerusi Angelino.

Solskjaer melakukan lima pertukaran ke atas skuad yang menang 3-1 di West Ham, termasuk Luke Shaw yang baru pulih daripada kecederaan hamstring. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya